Saturday, 19 May 2012

sejarah catan, kraf tekat dan kraf ukir di malaysia

PENGENALAN SEJARAH PENDIDIKAN SENI VISUAL DI MALAYSIA…

SEBELUM MERDEKA

CATANCatan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (ataumedium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya.Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan.Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrakDi Gua Niah,Sarawak terdapat catan gua yang mengandungi imej-imej perahu burung-burung helang dan figura-figura manusia.Imej-imej tersebut dapat ditafsirkan sebagai percubaan menyuarakan pengalaman senimannya yang secara tidak rasmi bertugas menjadi jurubicara masyarakatnya.Apa yang dilihat dan dirasa oleh pelukis, apabila berhadapan alam sekitar telah dijadikan bahan pengucapan tampakan yang berkesan.Hal benda yang dilukiskan sememangnya penting dalam hidup pelukis dan masyarakatnya.Perahu digunakan sebagai alat pengangkutan yang mustahak, burung-burung helang adalah binatang buruan dan manusia adalah sebagai kawan yang mesti dibantu serta boleh diharapkan.Imej yang dilukis mempunyai peranan dalam hidup manusia.Melukis figura manusia dan burung-burung helang, si pelukis dapat menguasainya kerana bentuk dan rupa manusia dan binatang sudah dapat dicipta kembali.Imej-imej yang terlukis di dalam gua selalu dihormati dan ditakuti.Pengucapan tampakan berupa catan gua ini mungkin juga hasil dari rasa riang, sayang dan ingin menyimpan kenangan.Di Tambun Ipoh,terdapat lakaran di lereng bukit.Hal benda yang terlukis ialah bentuk-bentuk figura manusia dan berbagai jenis binatang.Catan ini dilukis dengan menggunakan pigmen (sejenis bahan pewarna) jenis haematite (batu granit/ferum tridioksida) berwarna merah sepang (warna dari pokok teh) dan ijas(sejenis pokok dan buah dari negara arab).Figura-figura dilukis dengan kasar sehingga hasilnya tidak kelihatan begitu sensitif.Lukisan jenis-jenis binatang agak jelas seperti babi liar, rusa, badak tampung dan duyung. Untuk menunjukkan bahawa ada seekor rusa sedang bunting, si pelukis melakar bayi di dalam konfigurasi ibu yang membuncit.Figura yang sedang bergerak dengan memegang sejenis senjata dilakar dengan sebuah bulatan untuk menyaran kepala satu garis untuk badan dan garis lain untuk kaki dan badan, matanya dua titik dan garis untuk hidung.Kadar banding antara kepala, tengkuk, badan dan kaki dalah munasabah.Binatang yang sedang bergerak pantas hanya boleh dibuat jika pengalaman konsepsual dan visual digabungkan.Negara kita mewarisi catan-catan air daripada para pelukis amatur inggeris seperti James Wathen (1751-1828).Catan air (James Wathen) menggambarkan pandangan darat yang dibuatnya tatkala berada di Pulau Pinang.Rekod-rekod tampakan adalah pernyataan tentang sensitiviti orang asing terhadap permandangan tempatan.Pohon dan lereng bukit memenuhi catan-catan air Wathen yang jelas dihasilkan oleh pencinta alam yang romantis.Warna yang digunakan adalah seolah-olah pohon tropika subur di negeri-negeri yang bermusim bunga.Pada permulaan abad ke-20, altiviti-aktiviti melukis di Malaysia menghasilkan karya catan air, menggunakan teknik barat dan menggambarkan permandangan kampung dengan rumah melayu, kerbau, sawah dan gunung. Kaedah melukis catan air diajar di sekolah-sekolah terutama sekolah beraliran inggeris dan cina.Nanyang Art Academy didirikan di Singapura pada 1936 oleh para seniman pendatang cina seperti Cheong Soo Pieng, Cheng Wen His dan Chuan Thean Teng.Mereka turut mengajar (kecuali Chuan Thean Teng) di akademi tersebut di dalam mata pelajaran seperti lanskap cina, lakaran berus dan dakwat.Mereka memperkenalkan teknik- teknik impressionisme, post- impressionisme dan kiubisme.Setelah perang dunia ke-2, Yong Mun Sen dan Abdullah Ariff melanjutkan tradisi lukisan cat air dan menjual hasil karya kepada para pelancong pada guru-guru, pegawai kerajaan dan peladang- peladang inggeris.Tahun 50-an, Syed Ahmad Jamal dan Yeo Jin Leng serta beberapa orang lain pulang ke tanah air sesudah menerima alatihan di England.Mereka memperkenalkan aliran abstrak ekspressionisme kepada masyarakat tempatan melalui karya mereka.Kumpulan Wednesday Art Group telah mengadakan perjumpaan tiap-tiap hari Rabu (dari pukul 6 petang hingga 8 malam) di bilik-bilik kosong di sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur, iaitu mencuba gaya ekspressionisme.Pada tahun 1954 tertubuhnya The Selangor Art Society yang menganjurkan agar anggotanya berjumpa untuk melukis pada hari Khamis.Hoessein Enas bersama dengan kawan-kawannya menubuhkan “Angkatan Pelukis Semenanjung” (APS) pada tahun 1967 dengan cogan katanya “seni untuk masyarakat” dan menggunakan kaedah figuratif.Pada tahun 1960-an, perkembangan seni catan Malaysia mendapat perhatian daripada pemerintah dan tertubuhnya Specialist Training Institute di Cheras , Kuala Lumpur yang bertujuan untuk memberi kursus selama setahun kepada para guru yang kelak akan mengajar lukisan dan pertukangan tangan kepada murid.Institut Teknologi MARA telah menubuhkan bahagian Kajian Seni Lukis dan Seni Reka yang memberi kursus- kursus diploma selama empat tahun.Pada tahun 1968, Kuala Lumpur Nanyang Art Academy, di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan , Universiti Sains Malaysia pada tahun 1972, ditubuhkan Bahagian Seni Halus.Bahagian ini mengajar kursus –kursus Arca, Catan, Grafik Cetakan, Fotografi dan Sejarah Seni.Pada 27Ogos 1958, tertubuhlah Balai Seni Lukis Negara, merupakan lambang pengiktirafan kerajaan kepada kegiatan seni.Kegiatan Balai Senni Lukis Negara kian pesat berkembang terutama mengirimkam karya seniman tempatan untuk di pamerkan ke Eropah, New Zealand, Kanada, Brazil, India, Jepun dan negeri-negeri lain.Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

Media Catan

Cat Air

Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

Cat Poster

Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

Cat Tempera

Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.

Cat Minyak

Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

SEJARAH KRAF

SENI TEKAT

Seni tekat tergolong dalam seni sulaman tekstil, iaitu proses menyulam benang emas ke atas kain dasar, iaitu kain baldu.Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana.Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.Di negeri Perak, seni tekat pada aslnya di monopoli oleh golongn istana dan juga dikatakan berasal dari Negara China dan India yang kemudiannya di pengaruhi motif pilihan yang diubahsuai daripada sumber alam oleh tukang-tukang tempatan.Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat.Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.

KRAF UKIRAN

SeSeni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli.Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli.Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu.

No comments:

Post a Comment